My super awesome blog
Miss Awesome at here!



Diary About Links Stuff

Assalamualaikum!Welcome to my simpy blog.Hope you enjoy at here.Say cheesee :D .

Enjoy the song :D

Hello awesome people! put your cbox code at here ok :)

Big claps






BIRTHDAY GIRLS :)



 
hye , f.aziela da lama gila tak blog kan ? .. k hari ini f.aziela lupa kan semua sebab nak berblog je .. dan f.aziela rasa bulan 4 nie memang bulan paling sedih bagi f.aziela kene marah , kene maki , macam-macam lagi f.aziela kene .. tapi tak pe selagi f.aziela kuat f.aziela akan senyum sampai benda tu pergi dgn tenang .. :) 

dan untuk pengetahuan awak,awak semua pada 28/4 jatuh pada hari sabtu birthday f.aziela :) .. nak hadiah boleh ?. hehe .. gurau je .. f.aziela tak kisah nak bagi hadiah ke tidak , nak wish ke tidak asal kan ikhlas dari hati .. itu sudah cukup bagi f.aziela .. dan f.aziela berharap sangat "CRUSH" f.aziela akn wish kat f.aziela .. *masih sempat berharap* .. dan paling menyedihkan ayah dan along f.aziela tak ada bersama f.aziela diaorg balik kampung .. aahh sedih :"(


ALLAH SAYANG KITA


baby
 


Allah sayangkan hambaNYA,
Allah kasihkan khalifahNYA,
Allah sayangkan kita..
Sebab itu kita diberi ujian,
Kerana itu kita diberikan dugaan
Oleh sebab itu juga kita dibebani masalah

Tapi, pernahkah kita terfikir?
Kasih SayangNYA?
Tentang NikmatNYA?
Hakikat RahmatNYA?
RezekiNYA?

Tidak terkira banyaknya
DIA beri kita UJIAN,
Kita menangis
DIA beri kita digunakan,
Kita mengeluh
DIA beri kita MASALAH,
Kita marah..


Pernahkah kita merungut bila lelah?
Pernahkah kita merengek tika sakit?
Pernahkah kita marah tika masalah menimpa?

Tapi kan
Pernahkah kita syukur bila ALLAH beri kecukupan?
Pernahkah kita sujud dengan sepenuh hati untuk solat?
Qiammulail pasti jauh sekali
Pernahkah kita lakukan rukun Islam sepenuhnya dengan bersungguh?
Sudahkah kita penuhi rukun Iman untuk menjadi hambaNYA yang soleh?

Cukupkah kita hanya bernama Muslim?
Jika tidak menyempurnakan kedua-dua rukun itu?
Sempurnakah kita andai ciri-ciri sebenar Muslim itu tidak ada dalam diri?
Adakah kita nilai semula betapa banyak nikmatNYA yang telah kita kecapi,
Tanpa "SYUKUR?"

Namun...
Kita tetap "TAMAK" untuk mendapatkan yang lain dan..
Dakwa ALLAH Tidak Sayangkan kita
dan Tidak beri apa yang diminta
Apakah kita terfikir?

Ya ALLAH,
Ampuni kami
Atas khilaf kami
Sedang kami insan yang lemah

Kini.. kami sedar,
"ALLAH SAYANGKAN KITA"
Mulai saat ini, jadilah muslim yang baik!.. insyaAllah.. 

Segmen : Review Blog by Misz Wenn


AIR DAN MATA



 
Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan,
Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.
Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku. 

Mata,
aku tahu pasti kau letih untuk menangis,
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir,
maafkan aku mata,
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan memberi keinsafan padaku,
tentang nikmat yang amat berharga ini,
kerana jika tiada mata bagaimana hendak aku melepaskan amarah pada diri ini?
Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini. 
dan kalau korang nk tahu tiap-2 hari f.aziela menangis .. kadang-2 pasal family , kadang-2 pasal kawan dan kadang-2 pasal biri . sedih bile biri-biri buat f.aziela macam nie .. :'< 

SAHABAT KU



 
hye .. korang semua .. sihat ? kalau sihat *oke good*.. f.aziela da lame tak ber-story morry kat blog .. mungkin da berabuk da blog nie .. *sedih* .. k f.aziela sayang sangat-sangat kat kawan f.aziela .. dia orang larh my nyawa , my jantung pisang .. *erk* .. hehehe .. setiap kali f.aziela sedih dia orang ada .. k happy gila lah dengan dia orang .. #da gila pastu happy plak ?# .. 


 k . start dari kanan FARIZA , EKYN *baju kuning*,ALIA *sebelah ekyn*,FARA , belakang tu saya da yg tak nmpak muke tu F.nabila ..  


dari kanan .. FARIZA aku sayang kau .. walaupun kadang-2 kau rampas ryn aku .. hehehe .. dan kite pernah gaduh pasal RYN satu hari .. memang aku suke sangat .. FARA kawan yg aku sayang dan sangat-sangat comel .. dan aku jeles dengan kau fara sebab kau comel .. HUSNA k aku sedih dengan kau .. kat camp kau tak sebut pun name aku . tapi tak pe aku masih boleh fikir positif dan sekarang kau buat apa tah kenduri adik kau . tapi kau tak jemput aku .. fine aku terase skit kat kau kawan :) .. 


dan yg comel tu twin saya k .. jgn rampas dia .. f.aziela syg dia .. sedih bile f.aziela dengar cerita dia .. dan dua org sahabat f.aziela yg bermula dari huruf F .. ada penyakit yg agak bahaya .. dan f.aziela nk dia orang tahu yg f.aziela sayang kan dia orang .. 

p/s: tak lupa jugak pada ALEESYA .. wa sayang sama lu sis .. :) 

PENAT !! BARU BALIK DARI DR CAMPSITE


 
PENAT+BEST .. pada 30 dan 31.3.2012 f.aziela ada camp di ULU LANGAT .. sangat-2 seronok .. tak tahu larh kenapa yang pasti nye ia sangat seronok .. *bape kali nk ulang perkataan "sangat" tu* .. dan yg pergi camp tu 80 org dari form 1 sampai form 6 .. firts day dekat sana .. memang buat aktiviti je .. tak masuk dorm langsung klau masuk pun waktu nk dekat maghrib je .. memang firts time f.aziela camp mcm tu .. selalu nye bile pergi camp mesti dia tunjuk dorm dulu .. ini tidak .. dia terus kan aktiviti . rugi sape yg tak ikut .. hehehe 

 
k comel tak doodles nie ?? *ckp comel sekarang* .. hehe .. f.aziela dapat dari abg apit thanks .. dapat doodles nie pun sebab join dia punye segment .. ape-2 pun thanks so much bro apit ..  


8 Tips Mengelakkan Penangguhan



 
Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan 

1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.